Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥

Berhenti Menangis.

Assalamualaikum bro.



Nangis. atau bahasa melayu proper "Menangis".
Macam gambar atas berkata 

"Sometimes tears can express feelings easier than words"

 Tangisan itu boleh luahkan perasaan lebih mudah dari perkataan. (Ayat google translate). Tetapi tangisan ada pelbagai maksud. Boleh jadi kau menangis kerana sedih ( ini memang lah ) . Boleh jadi kau menangis kerana marah (Aku jenis yang ni). Boleh jadi kau menangis kerana gembira. Dan boleh jadi kau menangis kerana lapar. (eh, apa ni).

Bicara nangis sering di hubung kait dengan si dia dara kerana diskriminasi masyarakat yang berat sebelah mengatakan minah/perempuan/dara/gegirl/lady/chicks dan seangkatan dengannya senang menangis. Aku mengaku betul tetapi tak semua perempuan kuat menangis. Ada juga dalam kalangan teruna yang luarnya tough bagai John Cena (kononnya) tetapi di malam hari menangis sebab awek pujangga tak tegur hari ni (Oh please) .Tapi serious ada. serious.

Aku pernah menangis kerana si dia pujaan hati (konon) . Aku menangis kerana aku marah dia bicara dengan minah lain (konon jealous). Aku menangis kerana aku sedih si dia tak mesej aku satu hari (kau jangan gelak). Aku menangis kerana dia hampir tinggal kan aku. Bodoh. Sebab pengakhirannya aku dengan dia berpisah juga. Membazir. Organ kita bekerja keras melayan perasaan kita yang tah apa apa untuk keluarkan cecair mata tu. Last last kau penat for nothing. Nothing doh.



Tika masa ibu mu mengerang sakitnya bersalin, dengan izin Allah kau berjaya dikeluarkan dari perut ibu mu. Dengan izin Allah juga kedengaran tangisan si kecil itu. Si kecil yang beratnya kurang sikit dari berat dumbell 3 kilo. Kau menangis. Menangis se kuat hati mu. Tak tahu dek sesiapa apa yang kau mahu. Keluar terus nangis dan nangis dan nangis. Tetapi dalam kau menangis sekuat hati mu, tahu kah kau ada insan insan sekeliling mu juga menangis kerana mu. Bukan menangis kerana sedih pilu dan sebagainya. Mereka menangis kerana ada nya diri mu. Si kecil yang selama 9 bulan di tunggu telah ada di depan mata. 

Ibu berkata..
"Alhamdulillah. kau menangis nak..kau menangis. Ibu menanti lama tangisan dari mu. Kau bersama ibu sekarang. Jangan menangis sayang..Ibu ada di sisi mu "

Cukup kah tangisan ibu dan tangisan dari si ayah yang gagah untuk menggambarkan betapa sayang nya mereka terhadapmu? Sedarkah kau betapa bermaknanya tangisan kedua dua insan ini? Pernah kau mengambil tahu?
Tidak. Kau tidak mengambil tahu. Yang kau tahu menangis buat insan yang bergelar kekasih yang penghujungnya tidak memberi makna apa. Kau berfikir tangisan dapat menarik perhatian mereka kekasih segera. Tetapi kau lupa ada dua insan kekasih selamanya yang sering menangis kerana mu. Kau sudah lupa?
Atau kau hanya alpa?

Tinggalkan cinta itu. Cinta yang merosakkan kau juga aku. Merosakkan bangsa juga negara. Hentikan air mata mu. Berhenti menangis hanya kerana kau tiada tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan sedih itu. Mohon berhenti. Air mata itu sia sia belaka. Kerana jika jodoh tiada, kau dan dia tak bersama. Dan ketahuilah kau hanya menangis kerana dosa dan itu sangat sia-sia.


Sayang. tatap langit Ilahi dan fahamilah Dia sedang memandang mu dengan pandangan kasih sayangNya. Berhenti lah kau menangis kerana dunia kerana ia akan lenyap bila tiba masa. Berhenti menangis akan perkara sia-sia. Kerana ada segunung hal yang boleh kau tangisi dari cinta monyet/beruk/gorilla yang tah apa apa.

Sincerely, Umayyra.

No comments:

Post a Comment