Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥

Berubah.

Assalamualaikum bro.





"Kau dah berubah. Kau dah tak macam dulu. Aku dah tak kenal kau" - Kawan bicara.

Apa konsep berubah ni sebenarnya? Berubah. Maksud? Bertukar dari bentuk asal ke bentuk yang lain? Apa? Macam dari orang biasa tetiba berubah jadi ultraman besar tinggi bangunan? Atau manusia biasa tetiba berubah warna jadi hijau? (siap tukar nama Hulk pula) . Oh kelakar lah gitu. Kelakar gila. (gelak sinis. konon)

Apa kau faham tentang berubah tak sama dengan apa yang aku faham. Definisi/makna/maksud berubah pada tiap insan itu berbeza. Boleh jadi pada kau bila kau dah gemuk, itu lah berubah. Boleh jadi bila kau dah tumbuh jerawat batu bata pada muka, itulah berubah. Atau mungkin bila kau dah ada awek kau rasa matang, itu juga berubah (ini bodoh gila.pfft) .


Berubah. Bukan perkara semudah ABC. atau semudah kau makan rojak mee petang petang (fuh lapar.hm) . Tak semudah itu. Tak kisah lah berubah naturally atau manually. Dusta abadi bila kau kata kau boleh terima perubahan ketika remaja semudah itu. Diri aku sendiri susah terima perasaan remaja yang sentiasa berkobar kobar mencuba itu ini tanpa kenal erti risiko. Juga diri ini susah menerima bahawa aku harus berubah. Jika syurga Ilahi yang aku impi harus aku angkat kaki dan berubah. 

Dan bila kau berubah ada risiko yang kau harus tanggung. Mungkin mulut mereka tak dapat kau tutup rapat dari hambur kata kata yang membengkak kan telinga. Mungkin ada mulut yang lagi hebat serta celaka gembira manabur fitnah merata (Astaghfirullah). Dan itu juga akan menyebabkan tiang perubahan kau goyah atau mungkin terbantut di makan kata kata parasit mereka. Tika itu kau menyumpah mengata dan menyesal. "Kenapa aku fikir untuk berubah. Aku patut jadi yang dulu. Ramai orang suka" Hm Bodoh abadi.


Kita semua perlu perubahan. Perubahan pada setiap sudut. Dan setiap perubahan itu mula nya dari diri kita. Mulakan lah perubahan itu. Tidak aku pinta kau berubah secara masif. Cukup ia mendatangkan kebaikan pada diri kau, juga kepada orang lain. Tajdid niat "Aku melakukan perubahan ini kerana Allah. Moga Kau Redha ya Ilahi" . Andai sakit dan perit kau terima dari perubahan itu, percayalah kau sedang diuji. Allah sedang tekun menguji iman mu. Percaya dan bergantung padaNya kerana dia sebaik baik pain killer yang menghapus segala sakit. Berhijrah sayang. Hijrah.

Sincerely, Umayyra.




No comments:

Post a Comment