Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥

Pilih Untuk Bahagia

Assalamualaikum Bro.


"Dulu senyum itu menghiasi tiap inci muka kau. Dulu hilai tawa bagai pontianak sentiasa menjadi simfoni terindah buat kau. Dulu kau hanya kenal erti bahagia. Tiada sikit calit duka. Tiada sikit titisan air mata. Tapi sekarang mengapa? Siang hari kau sorok duka lara di balik senyuman dusta. Malam hari kau terperosok dan tenggelam dek air mata. Sayang, kenapa? " - Bicara dia.

Berapa antara korang bila bangun pagi first mind set " Hari ni. Aku nak bahagia hari ini. " Berapa orang? (Cer angkat tangan sikit. Aku nak tengok?) Macam tak ada kan? Percaya atau tak 889% (bengap maths cenni lah.) antara kita bila bangun pagi, fikir masalah yang nak kena selesaikan hari ini. Atau pun fikir masalah yang bila penghujungnya masih lagi menjadi masalah (seriously bero?) . 

Bahagia. Tiada syarat untuk bahagia. Cukup kau tahu kau senang. Tidak perlu seorang yang kaya di sisi. Tiada perlu si dia pujangga hati. Tiada perlu gajet canggih sana situ dan sini. Cukup kau ada diri kau dan kau tahu kau pilih untuk bahagia. 




Gambar atas cakap.
"If you want to be happy, be"

Kalau di melayukan " Kalau kau nak bahagia, bahagia lah" . Paham? 

Orang cakap, bila kau kahwin dengan orang kaya nanti kau bahagia. Orang cakap, bila kau jumpa boyfriend/girlfriend yang handsome/cantik kau akan bahagia. Orang cakap, bila kau dapat makan banyak banyak kau akan bahagia (eh apa ni)

Pada aku, bahagia sangat subjektif. Boleh jadi bila aku jauh dari serabut mulut manusia yang 24 jam bising macam burung, aku bahagia. Boleh jadi bila aku bersama makhluk makhluk kesayangan, aku bahagia. Dan boleh juga jadi bila aku rasa aku sangat dekat dengan Sang Pencipta, aku rasa bahagia. Luas rasa bahagia itu seluas dunia yang Dia jadikan. Atau mungkin lebih dari itu. Kerana Dia yang menciptakan bahagia, dan Dia juga menariknya. Tetapi ingat, Dia sentiasa mendengar. Maka pohon padaNya bahagia. Kerana tiada kunci untuk bahagia. Pintu bahagia (eh bukan pintu doraemon ke?) itu sebenarnya tidak pernah wujud. Yang wujud cuma bahagia. Berdiri tegak dalam naluri kita. Dan terserah pada naluri seorang manusia untuk pilih bahagia atau sebaliknya.


You don't ask the best for everything in your life because Allah may not grant that. And if what you get is not what you want, then make the best out of it. Make it looks best to you. Because people who choose to be happy will be happy no matter what they'll get/achieve in life because he/she knows Allah wants best for him/her and that's the best Allah can ever give to him/her.

As for me...


Indeed i do. Be happy peeps. 

Sincerely, Umayyra.





No comments:

Post a Comment