Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥ Bibooo ♥

Because true love hurts.

Assalamualaikum..



"I love you sayang " - Kata seorang jejaka berona muka tampan. Berpakaian sederhana. Tetapi kaya dengan perkataan. Janji manis bertebaran. Bila bicara, lembut gigi dari lidah (pepatah melayu kata) . 

Kau lafaz cinta. Kau yakin kan hati mereka mereka bidadari dunia bahawa cinta kau seindah syurga, cinta kau menjanjikan bahagia walaupun kau sedar jika janji polos ini hanya kata kata. Derita dia si penerima cinta. Pendusta! Lelaki yang bertopeng sentiasa! Kau lafaz cinta semudah kau kunyah gula gula. Dan bila si dara terluka, cinta dipersalahkan. Cinta anugerah Ilahi yang suci murni dipersalahkan. Kenapa pula? Kerana kau wahai jejaka. Kerana bicara kosong kau penuh dusta!



Semudah itu cinta bermula. Semudah itu juga ia sampai ke penghujungnya. Kenapa pinta hidup sepalat tidak bila kau boleh ubah hidup seindah syurga? Senang sahaja aturan kau mendapat cinta. Tengok atas sana. Kita hanya perlu kenal. Kita hanya perlu rapat. Dan kita bercinta. Cukup kau tagih cinta, kau mula hunuskan pedang kata kata untuk aku sakit hingga hilang rasa. Kehidupan di teruskan dan aku move on. Dan kau kata pada mereka semua "kami pernah bercinta" . Kepala bana kau. Bercinta bukan pilihan aku. Untuk mengenali kau adalah pilihan aku. Tetapi untuk menyahut cinta bukan pilihan aku. Aku terima cinta kau. Aku jaga. Dan semudah itu kau hilang tanpa berita? Cilaka. Dengar cerita, ini bukan kali pertama bagi kau. Bodoh aku kerana buta. Buta dek kata kata manis datang dari tebu tebu yang kau pacak pada bibir. Puas hati kau begitu? Merobek hati dan kalbu? Dan selepas itu aku terperosok diam membisu. Mengatakan cinta dunia semuanya palsu!


" Cinta tak kejam. tetapi orang yang menggunakan cinta itu kejam" - Maya Karin.

Aku terima cinta kau. Aku bahagia. Seolah olah dunia ini aku yang punya. Kau lari. Hilang entah ke mana. Tanpa usul periksa, aku tunggu tanggung derita. Sampai ketika ada khabar berita. Si dia kata "Kau dah berpunya" . Aku senyum. Tahan sakit tanpa bicara. Biar hati tenang berdarah luka. "Jangan tangisi pemergiannya" pujuk hati. Biar dia pergi. 1000 janji manisnya tiada erti. Kau kuat kerana Ilahi. Biar kau sakit. Biar kau jatuh. Biar kau salah. Tapi jangan biarkan ia jadi hanya sejarah. Belajar dari hati yang parah. Akan Dia tunjuk arah. 


Tutup rapat peti besi hati mu. Matikan semua suis suis bunga cinta. Tiada erti cinta dunia kalau kita hidup tanpa cinta dari yang Esa. Dia mungkin memori terindah. Tapi Dia juga memori hitam yang akan kau genggam. Bukan kerana dendam. Tetapi untuk kau menyulam semangat yang hilang dek penipuan dia yang kejam. Pergi kau! Aku keraskan hati ini. Cinta tertutup hanya untuk Ilahi. Tiada lagi untuk makhluk bernama "LELAKI".

Nukilan buat adik MnsHelma. Sayang awak fillah.
Sincerely, Umayyra.


No comments:

Post a Comment